Click this link!

Thursday, January 9, 2014

Penyakit umat kini ialah "wahan"
yakni cinta dunia dan takut mati
semua berpunca kerana kejahilan.

Jahil itu adalah bala dan mendatangkan bala

makin banyak kita dikelilingi kejahilan makin banyak bala diturunkan
termasuklah di dalam rumah kita sendiri.

Jahil zaman kini
bersembunyi di sebalik ijazah
berlindung dek harta meruah
malah bernaung pada pangkat!

jahil inilah yang mengajar manusia untuk syirik
sungguh halus
sungguh dahsyat
namun tiada yang serik.


untuk memenuhi kehendak minda kena banyak bersoal;

untuk memenuhi tuntutan hati kena banyak diam;

menuntut ilmu zahir kena banyak bertanya;

menuntut ilmu rohani kena banyak berdiam sehingga penerangan tiba.

susah bukan untuk selamanya
senang pula untuk seketika cuma.

biarlah hancur akal dan hati
demi dapat terus mempersembahkan bakti!

selagi masih terperangkap dalam dunia " 2 semestinya lebih daripada 1";
dan belum bisa mencapai  yang "1 lebih dari segalanya";
maka kekal lah kamu hidup resah, gelisah dan lelah.