Miskin
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِي
Menurut hadis qudsi Allah berfirman kepada Musa a.s
Wahai musa!
di antara hamba2ku ada diantaranya jika mereka meminta syurga dengan segala kelengkapan dariKu nescaya akan Aku beri.
Ada pula diantaranya jika mereka meminta kulit cemeti(sekalipun),tidak akan aku beri.
Bukan yang demikian itu disebabkan hina menurut pandanganku.
Aku ingin menyimpan untuknya di akhirat kerana kemurahanKu dan ingin menjaganya dari dunia,laksana seorang pengembala menjaga kambingnya dari tempat yang berbahaya.
Wahai Musa!
tidak aku dorong orang fakir miskin kepada orang2 kaya kerana gudang2ku sudah sempit bagi mereka atau rahmatku sudah tidak meliputi mereka,akan tetapi telah aku tetapkan sebahagian dari harta yang ada pada orang2 kaya untuk mencukupi kehidupan fakir miskin.
Aku ingin menguji orang2 kaya bagaimana sikap mereka dalam melaksanakan hak fakir miskin
yang ada pada mereka.
Wahai Musa!
apabila mereka telah melaksanakan hak itu,nescaya aku sempurnakan nikmatKu kepada mereka dan aku gandakan di dalam dunia untuk satu kebaikan sepuluh kali ganda.
Wahai Musa!
jadilah engkau gudang kekayaan bagi fakir miskin,benteng perlindungan bagi orang lemah,hujan nikmat bagi mereka yang meminta perlindungan.
Nescaya aku akan menjadi teman dan kawanmu yang akrab dalam kesulitan,
menjadi teman penghiburmu ketika engkau kesepian dan akan menjaga serta melindungimu siang dan malam.
(Hadis riwayat Ibnu Najjar dari Anas r.a)