Click this link!

Thursday, June 28, 2012

an Ode to the world

You can come and go as you wish my friend
I was alone in the darkness before I was born
I will soon be alone when I am buried in the dark belly of this world
so why should alone-ness be a cause of distress then?

I am always alone.

We always were.


Fitrah manusia adalah bersendirian. Dahulu kita sendiri di dalam perut ibu, nanti kita akan sendiri di dalam perut bumi. Kenapa dihairankan kalau hidup di dunia ini sunyi sepi?

Bersunyian itu bukankah digalakkan di dalam agama? Nabi (S.A.W) pernah bersendirian di dalam gua. Untuk apa semua itu?

Sunyikanlah diri daripada cinta dunia serta isi-isinya. Bukan bermaksud untuk menghina ciptaan al-Khaliq, cuma ambillah sekadar yang perlu.

Jikalau kamu menginginkan hati yang damai di dunia ini, keluarkanlah dunia ini dari dalam hatimu.

Monday, June 18, 2012

Friday, June 15, 2012



You might afford an expensive bed,
but you can't buy a good  night's sleep.


Kamu mungkin mampu berkatil mahal bertilam empuk,
namun kamu tidak dapat membeli tidur yang nyenyak.

Sunday, June 10, 2012

Wastefulness



It is a waste to have answers to questions you have never asked. It is an injustice to the human capacity to think; the God given ability that separates man from beast. Knowing is not proof of thinking. A parrot can be taught speech, but not understanding.

A clever man is a free man. Who has asked what is the true meaning behind everything. The purpose of a tale is in its story, not its characters. Be not mesmerized by imperfect reflections. The sea is not merely its surface.




Adalah suatu kezaliman tahu akan sesuatu yang tidak pernah disoal. Samada secara nyata atau rahsia. Tidak semua yang ada pemikiran itu berakal. Sebagaimana tidak semua yang mahal itu berharga. Jangan mudah terpedaya dengan rupa, sedangkan tiada makna. Laut itu bukan sahaja pada permukaannya. Alunan ombak menghijab pandangan daripada menyingkap apa yang tersimpan di dalamnya.

Seperti mana kata Imam as-Syafie "ilmu itu adalah suatu yang memberi manfaat, dan bukan sahaja yang dihafal". Sudahlah menjadi keldai membawa buku. Ilmu itu suatu pembebasan. Sedangkan cuma tahu bisa menjadi satu penyeksaan. Berapa ramai yang "tahu", tapi diperhamba?

Friday, June 8, 2012

Bermula ilmu itu daripada persoalan. sedangkan apa pun yang banyak kini ialah longgokan jawapan kepada persoalan yang tidak pernah ditanya.

apa guna mempunyai jawaban kepada perkara yang bukannya daripada pertanyaan yang lahir dari dalam diri? ibarat makanan yang disuapkan sedangkan mulut tidak ingin mengunyah. maka terhasil ketidak hadaman yang bakal menjadi penyakit.

What's the point of knowing answers to questions that you have never asked yourself? it is like having food shoved down your throat, causing indigestion. perhaps that is the cause of our sickness today. having answers to questions never asked.