Click this link!

Thursday, October 17, 2013

Bebas/Babas

Apakah erti "kebebasan"?

adakah sang helang mahu berenang di dalam lautan,
dibatasi oleh langit?

adakah si ikan mahu menari-nari atas angin,
tak cukup lautan untuk diterokai?

Langit itu adalah kebebasan bagi si helang
namun maut untuk ikan

Laut itu amat luas untuk si ikan
tetapi akan melemaskan helang.

Kita berjuang untuk kebebasan, tapi kebebasan untuk apa?
kita cuma boleh menjadi seperti kejadian asal cuma.

Tikar sejadah dunia inilah kebebasan,
kebebasan daripada diperhamba selain yang Maha Esa,
Yang menjanjikan lautan tiada bertepian untuk direnangi,
dan langit yang mencapai ke akhirat,

Namun;

Kita tetap memilih untuk dipenjara dan memanggilnya kebebasan.



Friday, October 11, 2013

Have to,
will soon tire you.

Love to,
frees you.

a merchant hopes for profit
while a lover melts in the Beloved
like sugar in water
erasing itself of itself.



sampai bila harus bersabar?
sampai hilangnya sabar;

dan terbitnya redha.

buat kerana semata amanah, lambat laun akan penat.
buat kerana cinta, semakin lama makin rehat.


ada tiga golongan dalam beramal:
takut seksa, mereka ini hamba
mengharap pahala, mereka ini peniaga
kerana cinta, mereka ini merdeka

satu tiada dua, ada tiada mula, wujud tiada akhir.