A'udhu billah hi minassyaitan nir rajeem,
Bismillah hir Rahman nir Raheem,
La hawla wala quwwata illa billah hil aliyyil azeem
Me-mandangkan kita telah-pun masok bulan Rajab dalam kalendar hijriah, ter-ingat pula sa-suatu,eksplen tidak perlulah, buat-buat paham pun jadi-lah...hantam sajalah Blalang,ko pegi ketok arang banchoh dengan air pun jadi kopi jugak kan,janji hitem
Pada suatu masa kita pasti dirisik,
Pertunangan semenjak azali,
Dihujung hidup berlangsungnya perkahwinan dengan maut,
hantarannya adalah sakit dan nazak,
Tamu bertandang menghadiahkan tangisan,
Pengantin dimandikan, dipakaikan baju berwarna putih,
Wangian gaharu cendana jadi pelamin,
Pengantin bersanding sendirian, diarak keliling kampung,
Berkompangkan azan dan kalimah kudus,
Aqad nikah dengan bersaksikan Alqin, berwalikan liang lahad,
bersaksikan nisan-nisan, siraman mawar daripada anggota keluarga,
Malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah dan menuntut janji perkahwinan....
Al-Fatihah -8 Rajab 1427-
Qullu nafsin zaa iqatul maut! Semua yang hidup pasti merasa mati!
Ali-Imraan ayat 185
semua akan binasa kecuali apa yang bersama Tuhanmu.
carilah "apa" itu semuga tidak mudah kita berkata tidak apa-apa.
apa-apapun, apa-apa sahajalah, tambah lagi sa-tu pantun:
sudah gaharu,cendana pula,
dah tak tahu,melawaklah sahaja.
ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha.
-semuga aman tentram ka-atasmu-