skip to main |
skip to sidebar
بسم الله الرحمن الرحيم
Berapa kali anda menipu sehari (kepada tuhan anda) ?
setiap kali solat, lepas mengangkat takbir. apa yang dibaca? bukankah terdapat ayat berikut didalamnya:
إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن
yang lebih kurang bermaksud:
"sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam"
tapi betulkah apa yg disebut dengan lidah itu, turut dirasa di hati? ataukah sekadar di lidah sahaja.
talk is cheap bak kata orang kampung.kalau tak paham, baik tak payah sebut. kalau bodo duduk diam.tapi belaja tinggi-tinggi belaka, graduan nabesiti semua mana nak mengaku bodo.sia-sialah susah payah jerih ambil periksa demi segulung ijazah.
kenyangkah kamu dengan makan gaji, tidak kiralah samada bekerja atau meniaga, jika bukan Allah jua yang memberi kenyang?mungkinkah inilah sebabnya berlaku gejala zaman sekarang yang tidak pernah tahu erti cukup. yang sedikit tidak cukup dengan sedikitnya, yang banyak tidak cukup dengan banyaknya.
bagaimana mungkin kenyang jika yang difikir memberi makan itu gajinya, nasik ayamnya, char kuew tiawnya, nasik itiknya. sedangkan yang sebenar benarnya memberi kenyang ialah Rabbul izzah jua.
kebebasan zaman sekarang amat jauh daripada erti bebas itu sendiri. bebas itu seharusnya bermakna tidak diperhambakan oleh yang bukan hak.bebas kini hanyalah kata kosong yang membawa makna " aku punya sukalah nak buat apa" ataupun dengan kata lain, bebas untuk diperhambakan oleh nafsu belaka.
nak hantar surat kena tahu alamat, baru sampai.nak hidup, kena tahu mana kiblat, baru damai.
"لا حول ولاقوة إلا بالله"
No comments:
Post a Comment