Click this link!

Sunday, November 18, 2012

Jangan disangka apa yang sudah dikunyah mulut itu rezeki,
mungkin saja ia menjadi penyakit dalam diri,
apatah lagi segala harta yang disimpan,
mungkin saja mengundang kemurkaan.

Jangan pula disangka yang terlepas itu suatu kerugian,
mungkin saja itu satu pengampunan,
atas kemaksiatan sendiri,
yang sering menduakan Ilahi.


manusia itu memang lupa
tapi ada jua yang sengaja
khianat itu tiada dalam alpa
tetapi tetap ia sengaja

dan kerna yang sengaja
itulah yang berdosa
namun pintu sentiasa terbuka
bagi mereka yang mencari redha.


hey manusia khianat!
jangan kau mati dalam laknat
jangan kau tunggu datangnya kiamat
jika kau mahu selamat.

hidup ini sekadar mengharap rahmat
dari yang Maha Pemberi berkat
maka sentiasalah beringat
jangan sampai tersesat.

No comments: