Click this link!

Thursday, October 17, 2013

Bebas/Babas

Apakah erti "kebebasan"?

adakah sang helang mahu berenang di dalam lautan,
dibatasi oleh langit?

adakah si ikan mahu menari-nari atas angin,
tak cukup lautan untuk diterokai?

Langit itu adalah kebebasan bagi si helang
namun maut untuk ikan

Laut itu amat luas untuk si ikan
tetapi akan melemaskan helang.

Kita berjuang untuk kebebasan, tapi kebebasan untuk apa?
kita cuma boleh menjadi seperti kejadian asal cuma.

Tikar sejadah dunia inilah kebebasan,
kebebasan daripada diperhamba selain yang Maha Esa,
Yang menjanjikan lautan tiada bertepian untuk direnangi,
dan langit yang mencapai ke akhirat,

Namun;

Kita tetap memilih untuk dipenjara dan memanggilnya kebebasan.



2 comments:

Macedonia said...
This comment has been removed by the author.
Macedonia said...

http://www.youtube.com/watch?v=UMft3Ny7hFk

http://www.inspirefusion.com/clouds-that-look-like-things/

banyak dolphin berenang di langit hehe ^_^.
eagle pun menyelam dalam air

btw, thanks for the word