Click this link!

Wednesday, June 20, 2007

Angin Ahmar dan tawakkal


Belajarlah aku sebahagian dari tawakkal....

Suatu hari seorang sahabat menghantar offline text messages di dalam Yahoo Messenger.

My friend:man,minta maaflah aku x boleh siapkan kerja tu dalam tempoh terdekat ni
My friend:Otot muka sebelah kiri aku x hidup dan kaki sebelah kanan aku keras.
My Friend:Sorry,doctor kata maybe aku kena stroke.

Teringat balik tentang perkara ini aku fikir banyak pulak.Abang aku pernah kena angin ahmar semasa kecik dulu.Sekarang,umurnya sudah 40+,tp kesan ahmar masih terasa pada terutama pada bahagian muka.Dah puas ikhtiar dari dulu,alhamdulillah,kesannya x seteruk dulu.Kepada sahabatku ni,bersabarlah dan berusahalah berubat secara tradisional untuk merawat sakit ni.Walaupun ahmar mmg susah diubati,tp aku akan sentiasa doakan kesembuhan penyakit ko ni.Lepas satu,satu pulak penyakit datang pada engkau ya.Allah nak ko taqarrub pada dia tu insyaalah.



Berbalik pada persoalan tawakkal,yang saya pernah ingat adalah penjelasan seorang pengamal perubatan Islam di perak yang pernah berkunjung di UTP suatu masa dulu .Dia memang seorang yang beramal dgn aurad yang mempunyai silsilah(tariqa).Dia menjelaskan betapa ramainya orang2 awam yang bertawakkal setelah berusaha.Ya,mungkin konsep tawakkal secara lahirnya telah diajarkan semasa zaman kita bersekolah dahulu,yai'ni jangan lah kita hanya menyerahkan kepada Allah urusan kita tanpa berusaha.Tetapi peringatan sahabat ini benar2 mengingatkan saya bahawa ada orang yang Allah didik dgn sifat Al_latif(yang maha halus)untuk memahami persoalan tawakkal yang lebih halus dan rumit dari ini.


"Jangan letak sisa buangan dalam bekas emas!"


Kita tahu rasullullah berdoa untuk dijauhkan dari ilmu yang tidak bermanfaat.Dalam konteks ini ,di dalam doa baginda,baginda telah menyerahkan dirinya(bertawakkal) untuk tidak belajar benda2 yang tidak bermanfaat baginya.Secara practicalnya,pengajaran yang kita harus tangkap disini ialah seharusnya dalam usaha kita pun intipati tawakkal itupun sudah disemat awal2.Dalam erti kata ringkasnya sebelum,semasa dan selepas berusaha,kita sentiasa berada dalam keadaan bertawakal.Jika ini dapat kita lakukan,insyaallah tidak akan timbul perasaaan menyesal untuk setiap yang kita lakukan kerana sepanjang perjalanan hidup kita tidak lepas kita dari kalimah

"Inna lillah,wa inna ilaihi raji'un"

"Kami ini dari allah,dan kepadanya kami kembali"

Ini bukan hanya ayat yang harus diapplikasikan semasa kita mendengar atau mengalami musibah,tetapi dalam seluruh kehidupan kita sehinggalah kita dikeluarkan dari alam lahir ini,hakikat segalanya itu hanyalah milik Allah,dan segala pujian,kebaikan,memohon pertolongan itu harus dikembalikan pada Allah.

Sama2 kita doakan kesembuhan sahabat saya ini dan semoga kita sentiasa meperbaiki tawakkal kita kepada Allah.

Dan amalkan doa ahmar yang diajarkan oleh Rasullullah,agar dengan berakahnya dan mukjizat kekasih Allah ini dapat menghindarkan kita dari penyakit ini.


Huwal Awwalu wal Akhiru,Huwaz Zohiru wal Botinu,Wahuwa bikulli syai'in Qadir.

2 comments:

- pecinta dakwah - said...

man..
thanx atas segala sokongan dan doa ko..i really appreciate dat..
aku doakan ko gak sentiasa dibawah keredhaannya insyaAllah..
doakan gak penyakit aku ni cepat sembuh..

"segala-galanya yang ditentukan ilahi pasti ada hikmah disebaliknya"

wasalam~

Amirzie said...

Salam bro,

Yang mana satu ayat untuk angin ahmar