Click this link!

Wednesday, May 23, 2007

Bahlul radiallahu anhu

Pada suatu hari, Bahlul anhu sedang berjalan-jalan di Kota Basrah dan tersempaklah beliau dengan sekumpulan budak2 yang sedang bermain2. Antara ramai budak2 itu, ada seorang budak yang tidak ikut serta. Dia hanya memerhatikan sahaja teman2 dia bermain2 sambil dia menangis. Bahlul memerhatikan tingkahlaku budak itu dan dia beranggapan budak itu menangis kerana tiada barang permainan seperti budak2 itu. Kerana setelah diperhatikan memang budak itu tak ada sebarang permainan. Lalu Bahlul mendekati budak yang menangis tu.

"Wahai anakku, mengapa engkau menangis". tanya Bahlul. "Tidak baik menangis macam nie. Biar pakcik belikan permainan seperti itu. Nanti engkau boleh bermain bersama-sama mereka".

Budak itu berhenti menangis sebentar dan kemudian memandang wajah Bahlul dan berkata "Wahai pakcik yang cetek akal. apakah kita ini diciptakan allah untuk berman-main?".

"Mengapa engkau berkata demikian? apakah engkau tahu untuk apa kita diciptakan?" tanya Bahlul.

"Ya, tahu. untuk menuntut ilmu dan beribadah kepada allah " kata budak itu.

Bahlul terperanjat dengan ucapan budak itu kerana dia tidak sangka budak sebegitu kecil mempunyai wawasan yang jitu.

"Semoga allah memberkatimu. dari mana engkau tahu nie " tanya Bahlul lagi.

Budak itu menerangkan ia tahu dari firman allah didalam Al Quran surah Al Mukminum ayat 115 yang bermaksud :-

"Apakah kamu mengira, bahawasanya kami menciptakan kamu secara main-main dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?"

"Wah...kalau begitu engkau ini seorang hukamak. sila beri aku nasihat!" kata Bahlul setelah mengetahui kecerdikan budak itu.

Budak itu lalu bersyair yang berisikan nasihat tentang dunia dan kerugian orang yang menjadikannya sebagai matlamat hidup. Selepas itu, dia memekik kuat sehingga rebah ke tanah lalu pengsan. bahlul segera mengangkat budak itu dan diletakkan di ribanya. Debu-debu yang ada di kepala dan wajahnya dilapkan hingga bersih. Sebentar kemudian dia sedar dari pengsan.

"Wahai anakku, mengapa sampai begini rupa? engkau masih kecil dan belum mempunyai apa-apa dosa" kata Bahlul.

"Pergi engkau dariku. wahai Bahlul,aku telah melihat ibuku menyalakan api di dapur untuk memasak dengan memakai kayu-kayu yang besar. akan tetapi, api tidak mahu membakar sehingga diumpankan dengan kayu-kayu kecil terlebih dahulu. dari pengalaman itu, aku merasa takut kalau-kalau aku dijadikan kayu-kayu kecil neraka jahanam".

Sekali lagi Bahlul terpinga-pinga akan kepandaian budak kecil itu kerana semua hujahnya bernas dan masuk akal. kerana nasihat budak itu, hati bahlul tergugat, rasa takutnya pada allah memuncak dan dia pun pengsan di situ. dalam keadaan itu, budak kecil itu beredar. dan bila Bahlul sedar dari pengsannya, dia segera kepada kumpulan budak2 yang bermain tetapi budak kecil tadi suda tiada dikalangan mereka.

"Siapa gerangan budak kecil itu?" tanya Bahlul kepada kumpulan budak2 itu.
"Adakah pakcik tak kenal dia?".kata budak-budak itu.
"Tidak aku tidak kenal". kata Bahlul
"Dia itu dari keturunan Husain bin Ali bin Abi Talib Radiallahuanhum"jawab mereka.

Bahlul terkejut dengan jawapan itu apabila ia mengetahui budak itu adalah keturunan Rasululallah s.a.w.

"Kalau begitu, memang patutlah. benih yang berasal dari pokok yang baik, maka tumbuh dan berbuah yang baik pula" kata Bahlul kepada dirinya.

Wallahualam.

Ya Huu

No comments: