Click this link!

Sunday, May 20, 2007

Bai'ah dan hukumnya disisi syarak


Assalammualaikum..

Baiah dan Hukumnya Di Sisi Syarak.

Baiah ialah perjanjian untuk memberi ketaatan. Orang yang berbaiah ialah seolah-olah ia membuat janji setia untuk menyerahkan dirinya dan urusan kaum Muslimin kepada amir atau ketuanya. Ia tidak akan melanggar kepada janji-setianya terhadap amir dalam urusan tersebut malah ia mestilah mentaati apa yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sama ada ia suka ataupun ia benci.

Baiah ialah suatu perbuatan sunnah Nabi yang pernah diberikan oleh kaum Muslimin beberapa kali kepada Rasulullah s.a.w semasa baginda masih hidup seperti Baiatul Aqabah pertama, Baiatul Aqabah kedua, Baiatul Ridhwan. Selepas kewafatan baginda para sahabat terus berbaiah kepada Ulil-Amri mereka.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Junadah bin Abu Umayyah dari 'Ubadah bin Al-Samit yang menyatakan: "Rasulullah s.a.w telah memanggil kami, lalu kami pun memberi baiah kepada baginda... kemudian 'Ubadah berkata: "Di antara perkara yang diminta kami berjanji ialah; Kami berjanji mendengar dan mentaati (Rasulullah s.a.w) dalam perkara yang kami sukai dan kami benci, dalam keadaan kami susah dan senang, tidak mementingkan diri sendiri, tidak membantah terhadap ketua dalam urusan-urusan kecuali kami melihat kekufuran terhadap Allah secara nyata dengan bukti yang terang dan jelas." (Dari Sahih Al-Bukhari-Bab Al-Fitan)

Dalam bukunya "Fi Al-Din Al-Khalis" Sadiq hasan Khan berkata: "Di dalam hadis ini terdapat dalil bahawa tuntutan berbaiah ke atas para sahabat adalah satu sunnah, demikian juga baiah yang diberikan oleh para sahabat kepada Rasulullah s.a.w adalah sunnah. Menunaikan adalah wajib manakala mencabulinya adalah maksiat."

Rukun-rukun Baiah:

Bergabung dengan Harakah Islamiah pada hakikatnya bermaksud bergabung secara langsung atau amalan di dalam Islam. Ia merupakan permulaan perjanjian baru dengan Allah dan memberikan baiah untuk beramal dan berjihad pada jalan-Nya.

Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah merumuskan tentang rukun-rukun baiah dengan berkata:

"Rukun baiah kita semuanya sepuluh, peliharalah ia dengan sebaik-baiknya".

1. Faham.

2. Ikhlas.

3. Amal.

4. Jihad.

5. Berkorban.

6. Taat.

7. Tetap Pendirian.

8. Tegas.

9. Persaudaraan.

10. Percaya.
---------------------------------

Ya, bai`ah adalah sunnah.

Dari manhaj tasawwuf yang saya belajar, bai`ah membawa erti bahawa anda menisbahkan diri kepada silsilah yang mubarakah, di mana orang yang berbai`ah di dalam tariqat adalah ahl an-nisbah. ahl an-nisbah ini bergerak dengan madad (bantuan) tariqatnya. Tariqat ni seperti angin yang mendorongnya dari belakang untuk terus melangkah di dalam suluknya melawan 4 musuhnya: syaitan, hawa, nafsu, dan dunia. Kekuatan inilah yang biasa terasa bagi mereka yang berbai`ah.

wallahu'a`lam, dalam setiap tariqat ada tugasnya masing2 (biasanya wirid). Bila dah berbai`ah anda seolah2 bernazar untuk beramal wirid2 tertentu. Bernazar untuk amal yang sunat, dari segi hukum fiqh jatuh wajib kepada orang yang bernazar. Natijahnya ialah anda jadi istiqamah di dalam sesuatu amalan sunat.

Pesanan seorang syaikh: "at-tariq `aziz", yaitu tariqat itu sesuatu yang tinggi. Maka orang yang berbai`ah tapi lalai dalam tugasnya (wirid dan mujahadah) satu hari akan "ditendang" keluar, bukan dari murshid, tapi tariqat itu sendiri, wallahu'a`lam.

dipetik dari bicarasufi.com

ya huu,
-azman-

1 comment:

Anonymous said...

Salaam..

Bagaimana mahu baiah? Dengan siapa?
Saya mengikuti pengajian dgn sheikh fahmi zamzam dan sheikh nuruddin. Saya juga mengamalkan wirid2 yg disyorkan. Juga suka mendalmi ilmu tasawwuf, namun tiada baiah dan tidak berjalan dalam jemaah. Terasa ada kekurangan, apakah yg perlu saya lakukan?..