Click this link!

Thursday, August 16, 2007

Tareqat


Dan setelah asy-Syaikh Bahauddin an-Naqsyabandi meninggal dunia, kegiatan At tariqah an-Naqsyabandiyyah telah dipimpin pula oleh anak menantunya iaitu Asy-Syaikh Alaudin al-Attar.
Sebagai seorang guru Sufi, asy-Syaikh Alaudin al-Attar juga telah meninggalkan beberapa patah nasihat yang berharga untuk murid-muridnya. Di antaranya ialah:

Adalah penting bagi si murid yang baru melangkah (di atas jalan kerohanian) untuk sentiasa memadukan hatinya dengan hati guru mursyidnya. (berpadu) Kerana, si guru mursyid itu bak sebuah cermin yang menzahirkan Hakikat Ketuhanan.

Dan kesepaduan hati ini akan membawa si murid kepada jazbah dan fana. Penafian yang sebenar tidak akan dapat tercapai melainkan dengan jazbah. Di peringkat awal, si murid hendaklah sentiasa bersama dengan guru mursyidnya,(berserta) sehingga si murid memperolehi jazbah, yang akan membolehkannya menafikan setiap sesuatu selain daripada Allah. Jika tidak, si murid akan tertinggal ke belakang dan gagal untuk mencapai fana.

Tetapi bagi si pengembara di peringkat terakhir, tiada lagi dia perlu kepada ikatan (rabitah) ini, kerana dia telah mencapai penafian yang sebenar. Baginya, setiap sesuatu adalah cermin yang menzahirkan keindahanNya. Bila sampai dia kepada Hakikat Kewujudan, dia akan melihat dirinya hanya seperti Satu titik di lautan yang luas, seolah-olah seperti sebiji zarah (atom) di matahari. Bagi sesiapa yang telah sampai ke peringkat ini, maka tiadalah memadai dan mencukupi untuk melihat keindahanNya hanya di dalam cermin si Guru mursyid sahaja.

No comments: